SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMUAFAKATAN SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN DUN SIJANGKANG

KARNIVAL SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DUN SIJANGKANG 2014

Perlawanan Bola Jaring Bawah 11 Tahun Sekolah-sekolah DUN Sijangkang bertempat di SK Kebun Baharu yang diadakan pada 6 November 2014.

Perlawanan futsal murid Tahun 6 Sekolah-sekolah DUN Sijangkang. SK Jalan Tanjung selaku penganjur pertandingan yang diadakan pada 4 Novemver 2014. Juga perlawanan bola jaring murid Tahun 6 yang diadakan di SK Sijangkang Jaya.

Perlawanan bola sepak bawah 11 tahun yang diadakan di SK Sijangkang pada 5 November 2014. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Dato Haji Nordin bin Haji Selamat

Majlis Perasmian Karnival Sukan Sekolah-sekolah DUN Sijangkang yang disempurnakan oleh Dato Haji Nordin bin Selamat. Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah Tuan Haji Saiful Adli bin Suhadak, Pegawai SIC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat selaku penyelaras Sekolah-sekolah DUN Sijangkang.





SEMINAR BIMBINGAN PEPERIKSAAN UPSR 2014 ANJURAN KELAB TaHa TABUNG HAJI

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah DUN Sijangkang dengan kerjasama Kelab TaHa Tabung Haji serta Berita Harian telah mengadakan Seminar UPSR pada 28 JUN 2014 bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat. Seramai 250 orang murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) hadir menyertai seminar tersebut. Turut hadir Guru Besar Sekolah-sekolah Kebangsaan DUN Sijangkang. Seminar ini memberi pendedahan kepada peserta dengan teknik-teknik menjawab dan juga cara belajar yang berkesan.

BENGKEL PENYELARASAN KLINIK UPSR 2014

Pada 18 JUN 2014, Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah DUN Sijangkang telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Program Klinik UPSR. Bengkel diadakan di Pusat Kegiatan Guru(PKG) Sijangkang. Seramai 24 orang guru mata pelajaran UPSR terlibat dalam bengkel tersebut.

POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah-sekolah Kebangsaan DUN Sijangkang telah mengadakan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 pada 17 JUN 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan. Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Haji Saiful Adli bin Suhadak, selaku Penyelaras Pemuafakatan Sekolah Kebangsaan DUN Sijangkang. Antara yang turut hadir adalah Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penyelaras Tahun 6 dan 24 orang guru tahun 6 yang mengajar mata pelajaran UPSR semua Sekolah Kebangsaan di bawah DUN Sijangkang.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN GURU PENOLONG KANAN

Sekolah-sekolah Kebangsaan DUN Sijangkang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan dikalangan Guru Penolong Kanan pada 20 Mei 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Saiful Adli bin Suhadak. Mesyuarat tersebut membincangkan berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang 2014 serta peranan dan sumbangan Guru Penolong Kanan dalam pemuafakatan ke arah kecemerlangan murid dan sekolah dalam DUN Sijangkang.

TAKLIMAT PROGRAM MENJAWAB SOALAN UPSR TAJAAN TABUNG HAJI

Taklimat Program Menjawab Soalan UPSR di bawah tajaan  Tabung Haji. Taklimat tersebut telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan pada 9 April 2014. Selain sekolah-sekolah di bawah DUN Sijangkang, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan SK Morib, SK Sri Langat, SK Jenjarom, SK Bandar Banting, SK Kanchong Darat dan SK Sungai Kelambu turut dijemput menyertai taklimat tersebut.

PROGRAM MOTIVASI GURU-GURU TAHUN 6 DAN WACANA ILMU

Program Motivasi Guru-guru Tahun 6 dan Wacana Ilmu telah dianjurkan oleh Majlis Pemuafakatan Sekolah DUN Sijangkang. Program ini melibatkan guru-guru tahun enam(6) Sekolah DUN Sijangkang. Program tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SAINS

Majlis Pemuafakatan Sekolah DUN Sijangkang telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mata pelajaran sains bertempat di Sekolah Kebangsaan Sijangkang.