SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMUAFAKATAN SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN DUN SIJANGKANG

PIBG

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta MALAYSIA.


Penglibatan ibu bapa(IB) dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat banyak
bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan IB dan komuniti dalam pendidikan anak
membawa perubahan yang ketarakepada kejayaannya. Berbanding  52% masa yang
dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan
di sekolah. Istilah ibu bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa
sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.

 

Kajian peringkat antarabangsa PISA 2009 (PISA: Programme for International Student
Assessment – Program Pentaksiran Murid Antarabangsa), dijalankan oleh OECD,
(Organisation for Economic Cooperation dan Development – Pertubuhan untuk Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan) menunjukkan bahawa cara bagaimana Ibu Bapa menggunakan
masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya. 



Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?
 
Faedah kepada anak:

·         Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik.

·         Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.

·         Kehadiran ke sekolah lebih bagus.

·         Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan.

·         Keciciran persekolahan dapat dielakkan.


Faedah kepada ibu bapa:

·        Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.

·        Ibu bapa dapat mengetahhui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah

·        Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.

·        Anda akan dapati lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat.



Bagaimana menggunakan sarana ini?

Sarana ini bertujuan meningkatkan penglibatan Ibu Bapa dalam pembelajaran anak-anak.Tidak kira penglibatan anda minimum atau maksimum, masih ada
ruang untuk peningkatan.Gunakan sarana ini seperti berikut: