Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah - sekolah Kebangsaan DUN Sijangkang telah diadakan pada 9 Januari 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sijangkang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Saiful Adli bin Suhadak. Ahli mesyuarat terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah kebangsaan DUN Sijangkang yang meliputi Sekolah Kebangsaan Sijangkang, Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu dan Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang. Agenda mesyuarat adalah membincang dan merancang program pembangunan dan peningkatan akademik bagi tahun 2014.
No comments:
Post a Comment